MONOLOG HAJI 1432

Assalamualaikum warahmatullah...Tujuan saya menulis ini adalah untuk berkongsi pengalaman saya bersama-sama suami mengerjakan haji pada 2 Oktober sehingga 19 November 2011. Alhamdulillah saya berdoa kepada Allah supaya saya dapat mengerjakan Haji sebelum umur saya 40 tahun. Alhamdulillah Allah menjemput saya dan suami ketika umur saya 38 tahun ... TQ ALLAH ...

Tarikh 2 Oktober 2011

Kami bertolak dari rumah di Putrajaya selepas solat Asar. Flight kami jam 1.00pagi. Memang   berat meninggalkan anak-anak terutamanya yang kecil Siti Ainul Mardhiyah ketika itu berusia 1 tahun 7 bulan. Dan abangnya Ahmad Luqman Haqeem berusia 7 tahun. Tapi saya kuat kan semangat sebab ALLAH yang menjemput kami. Alhamdulillah seminggu sebelum Haji kami hadir seminar MMR di JB. TQ Norazlin Nordin dan suami Arifin Shah sebab banyak membantu kami supaya mengamalkan teknik-teknik LOA, NLP dan macam-macam teknik.
Gambar di bawah semasa kami berkumpul di Kelana Jaya ....

Lepas solat maghrib kami dijemput masuk ke dalam untuk check in. Kami diminta untuk berkumpul mendengar taklimat seperti gambar di bawah. Sementara menunggu taklimat saya solat Isyak dalam bilik sebelah dewan taklimat. Masa check in....teringat ubat gigi saya dirampas oleh kastam.

Selepas mendengar taklimat dalam jam 11 malam bus kami dibawa ke KLIA. Dalam perjalanan kami diexcort oleh polis. Terima kasih!...on the way g airport bus kami number 9 ... entah macamana bus num 1 dan 2 kot...accident! tapi alhamdulillah tak de yang cedera teruk...

Kami naik dengan pesawat Saudi Airlines...makanya sedap jugak!




Apa yang perlu dibawa masa Haji yer?

Alhamdulillah sebelum pergi HAJI kami suami isteri, sempat hadir MMR di Skudai, JOHOR. ALHAMDULLAH kami belajar teknik SABARRRRR, DOA..... semua tu alhamdulillah memudahkan HAJI kami. Kami berdoa semoga ALLAH mempermudahkan urusan HAJI kami SEBELUM, SEMASA dan SELEPAS HAJI....

Nak bawak apa lagi yer? Saya bawak sambal ikan bilis goreng saya pekkan kecil-kecil. ALHAMDULILLAH pek yang terakhir saya (yg ke 9) habis di MINA! Ramai yang dapat rasa makan sambal saya. Bayangkan masa tu, semua dah tak tahu nak makan apa...

Gambar di bawah semasa kami ramai-ramai makan di luar bilik di Hotel kami di Madinah. Ada kak Hasnah (Kak Senah), Kak Nafisah (Kak Pisah), Prof Fuad..dan semua jemaah haji yang lain...RINDU nyer suasana ni....tikar oren tu Tabung Haji bagi. Tak payah bawak tikar dari Malaysia! Tikar ni digunakan semasa di Arafah (dalam khemah, walaupun ada carpet, perlu lapik jugak), Muzdalifah (sementara nak tunggu tengah malam selepas kutip batu, perlu tidor sekejap! Sunnah Nabi ), kat Mina, dan kat hotel di Mekah sebab nak makan sesama suami kat luar bilik! Nanti dapat jangan tinggal pulak kat Malaysia...bawak jerrrr.....

Di Madinah selalu ada taklimat tau...jgn miss!!! jika tak kita tak tahu pantang larang masa kat Madinah. Jika dah tahu pun ulang banyak kali pun tak apa...LAGI PANDAI!!! Gambar dengan kak nora dan kak senah sebelum mendengar taklimat....pesan saya HADIR!!!! walaupun anda ustaz ker, ustazah ker, orang bisnis ker, Professor ker...WAJIB HADIRRRR!!!!!



Yang best nyer saya belajar cara buat sambal ikan bilis lain dari yang lain....roomate saya kak NORA bawak....kak NORA ni baik sangat....roomate saya dari MADINAH hingga ke MEKAH. Masa di MADINAH saya tinggal di HOTEL AL HARAM . Kami berlima satu bilik. Kami ke MEKAH selepas waktu Maghrib, tapi barang-barang perlu diangkat awal nak masuk bus. Ni la bus-bus nak ke Mekah...gambar bawah...



Dalam sibuk-sibuk jemaah HAJI booked tempat duduk, saya meninjau sekitar bus...saje nak tengok keadaan bus. Apa yang saya nampak tempat isi minyak berasap. Sibuk orang-orang Arab yang angkat barang.... isi air, tambah air berbotol-botol!....saya panggil suami utk lihat sama...kami terdiam...BERASAP! Dalam hati hanya ALLAH yang tahu...habislah mesti sampai lambat ke MEKAH! Alhamdulillah saya berdoa, Allahumma Yassir Wala Tuassir...sepanjang perjalann ke Mekah dan alhamdulillah jam 1.30 pagi lebih kurang...kami masuk ke KOTA MEKAH MUKARRAMAH....TQ ALLAH...tak rosak pun bus! ALHAMDULILLAH SYUKURRRRRR!!!!!

Masa di Mekah kami ditempatkan di Hotel Qasr Al Shuruq...dalam 600meter ke Masjidil Haram. Tak jauh! Alhamdulillah kami bertiga satu bilik saya, kak Nora dan Kak Pisah....berjiran dengan kak senah, makcik (dah arwah), dan 3 orang lagi....mereka berlima. Tapi toilet kami berkongsi. Sampai je di Hotel, saya dan kak Nora apa lagi,...terus buat ampaian...hehe...sebab nak dok lama kan...dalam 5 minggu ...kain perlu dibasuh dan dikeringkan. Kak Nora siap bawah tali ampai panjanggggggg sgt...banyak pahala kakak ku ni...insyaallah ameennnn....

Memang musim haji ni banyak DUGAAN. Tapi saya ni dah set minda...semua itu UJIAN ALLAH dan HADAPINYA dengan TENANG dan REDHA.....ALLAH yang susun dan atur...susun dan atur yang BAIK-BAIK jer....nilah teknik dalam Seminar MINDA MAGNET REZEKI (MMR)...siapa nak tahu apa itu MMR...pm saya 016-3192733...kita sharing....

Antara gambar-gambar yang sempat saya upload utk dikongsi bersama pembaca :-

Tempat yang saya sangat-sangat nak tuju ialah ARAFAH! Kami ke Arafah Hari Jumaat. Beginilah suasana diluar hotel. Senang menunggu bus ker Arafah. Start jam 3.00 petang dah turun. Semua excited!!!! Saya syorkan Sabar dan dengar arahan dari Tabung Haji.


Sempat bergambar. Tengok kak Nora tu...tarik tangan abang nasib...abang nasib tu COOLLLLL!!!!!...belakang kak Nora Kak Senah....


Alhamdulillah berkat kesabaran dapat jugak naik bus. Jam 7malam sampaila kami di Arafah ... masa ni automatik dah terasa SEBAKKKKK.....





Suasana di Arafah semasa wukuf di khemah suami....dari waktu Zohor hingga Asar di Arafah adalah masa yang sangat ditunggu-tunggu oleh semua orang Islam di dunia...sebab??? antara DOA yang dikabulkan adalah doa antara Zohor dan Asar waktu ARAFAH....

Lepas solat maghrib dan isyak...kami bertolak ke Muzdalifah mengutip batu...Alhamdulillah semuanya berjalan lancar....DOA byk2 semoga dipermudahakan





Arafah ke Muzdalifah dekat...jika orang asing berjalan kaki...tapi entah macam mana bus kami tersesat masuk Arafah semula..alhamdulillah sampai jugak di Muzdalifah. Bentang tikar oren dan start la kutip batu...pastu...knorrrrr....tidooo....nak kumpul tenaga utk melontar la pulak...



Aktiviti mengutip batu


Pemandangan dalam Khemah di Mina...doa supaya dimudahkan...time tido dan g toilet...lapang jerrr....tak ramai orang...jika ramai pun berbaris kejap jer....SABARRRR...
Atas gambar nak pergi melontar dalam Terowong Muassin


Ketika melontarr.....hari pertama melontar Jamrah ketiga sahaja (10 Zulhijjah)....pastu dah boleh tahallul awwal...alhamdulillah dah terlepas pantang larang tinggal ada 3 lagi pantang larang.....

Gambar dibawah...Selepas melontar





13 Zulhijjah balik ke Mekah....Tawaf....selesai...mana yang tak uzur, dah boleh tawaf....dapatlah gelaran Pak HAji dan Mak Hajjah...semoga HAJI KAMI MENDAPAT HAJI YANG MABRURRRRR....YA ALLAH ....AMEEEEEENNNNN...

Catatan ini hanya untuk dikongsi semata-mata sebagai persediaan kepada bakal Haji dan Hajjah....DOA banyak2....jgn takut...jgn risau...jangan runsing sebab.....ALLAH YANG PILIH KITA MENJADI TETAMUNYA...jika banyak duit pun belum tentu ALLAH jemput....IKHLAS HATI DALAM IBADAH....jangan sombong....BERILAH BANTUAN SEKIRANYA ADA YANG MEMERLUKAN sebab THE MORE U GIVE THE MORE U GET!










Comments

Post a Comment