MINDA MAGNET REZEKI @ MMR

Hebatnya STG dengan Ilmu Minda Magnet Rezeki

TESTIMONI MMR

Perkongsian oleh Cikgu Bakhtier - Guru Pakar Subjek Kimia - beliau senior sy di UTM dulu.. course je lain2, dia buat pendidikan sy buat engineering... Buat biz, bertemu balik


Dulu kami adalah insan yang biasa-biasa je. Hidup serba sederhana. Maklumlah ketika itu pendapatan bulanan hanya bergantung kepada gaji sebagai seorang guru (masa tu gaji kecik). Isteri adalah seorang suri rumah terpaksa menjual nasi lemak sebab nak bantu ringankan beban. Kami hnya mampu menyewa rumah. Tiada perabut dalam rumah kecuali katil kahwin dan almari solek. Selepas itu kami berpeluang mendiami kuaters guru dengan potongan dari elaun perumahan. Perabut adalah.. tapi hak kerajaan. Syukur Alhamdulillah. Tapi pendapatan kalau nak dikirakan memang tak cukup. Tapi kami usahakan dengan buat kerja sampingan seperti kelas tambahan. Saya mengajar di kawasan Felda. Kelas tambahan tidak seperti di bandar. Mereka kurang kesedaran untuk ke kelas tambhan. Apatah lagi kalau berbayar.


Kami sering membina impian bersama dan berkata bahawa suatu hari nanti kami akan hidup senang dengan berniaga. Itulah yang sering saya ucapkan kepada isteri jika ketika itu kami kesempitan wang.


Hutang? Jangan nak katalah. Memang tak dapat nak elak. Dalam slip gaji dah potong hingga 58%. Slip gaji pun dah tak laku kat bank. Itulah yang saya tengok terjadi kepada rakan-rakan yang lain.
Siang malam kami sering berangan-angan untuk memiliki rumah idaman serta memandu kereta mewah, mempunyai wang yang banyak tanpa berkira-kira jika nak berbelanja. Boleh dikatakan tidur malam pun sering bermimpi seperti apa yang sering diangan-angankan.


Alhamdulillah, suatu hari saya telah dipertemukan dengan insan-insan hebat yang telah merubah kehidupan kami suami isteri sekeluarga. Bukan kami sahaja, malah adik-adik kami pun tumpang merasai perubahan ini bersama. Kami telah mengambil keputusan untuk menyertai Peluang perniagaan sebagai Usahawan bersama Group Smart Tycoon (STG). Berkat bimbingan serta sistem yang diamalkan, kami telah berubah 360 darjah. Di sini kami diajar bagaimana menjadi usahawan sebagaimana yang dituntut oleh Islam. Berniaga ini juga adalah sunnah Rasulullah saw. Bagaimana Rasulullah berniaga? Apakah amalan dalam perniagaan Nabi?


Kehebatan yang saya nak kongsikan di sini ialah tentang amalan Rahsia Kuasa Minda. Itulah sebabnya kenapa ramai daripada usahawan atau sesiapa sahaja yang bersama dengan Smart Tycoon Group berjaya di dalam mencari dan merealisaikan impian mereka.


Kalau ditanya kepada kami apa yang kami dapat setelah menyertai STG? Jawapannya, kami dapat apa yang orang berimpian dapat. Yang paling berharga dan unik dalam STG ialah kekuatan menguasai ilmu MMR. Dengan ilmu MMR, saya dan isteri memperolehi apa yang kami inginkan dan impikan sebelum ini. Siapa tak gembira? Kami menjana pendapatan puluhan ribu setiap bulan. Seawal lapan bulan pertama kami berniaga, kami berjaya memiliki dan memandu BMW 3 Series. Disusuli tidak lama kemudian dengan MPV mewah Toyota Alphard, Rumah Idaman Corner Lot di Kuantan, melancong keluar negara, menambah aset-aset lain dan banyak lagi. Lebih menggembirakan lagi kami suami isteri berjaya mencapai pangkat tertinggi dalam syarikat hanya dalam tempoh yang singkat.


Adik-adik juga menyertai kami setelah melihat kejayaan kami. Malah mereka pun turut memiliki kenderaan mewah seperti kami. Alhamdulillah, syukur kepada Allah. Terima kasih Allah. Terima Kasih Mentor-Mentor. Terima kasih STG.


Rugi kepada sesiapa yang tahu pasal STG tapi tidak menyertainya. Tambah rugi pula kalau dah mnyertai ttetapi tidak bersungguh-sungguh merebut peluang kejayaan di sini.
Inilah kehebatan ilmu Minda Magnet Rezeki (MMR)!


Jika program ini ditawarkan kepada anda oleh STG, jangan lepaskan peluang. Hadirkan diri anda. Percayalah bahawa hidup anda akan berubah setelah menghadiri kursus ini. Oleh itu ubahlah diri anda terlebih dahulu, nescaya anda mampu untuk merubah dunia!












Comments