PERCUTIAN PERCUMA @ FREE VVIP TRIP 5 STAR KE SHANGHAI



BISMILLAH DAN ASSALAMUALAIKUM.....

Alhamdulillah .... syukur dipanjatkan pada Allah SWT dengan izinnya juga akan dan seluruh family Smart Tycoon Group @ STG berjaya menghabiskan percutian kami selama 4 hari 3 malam di Shanghai mulai 20 September hingga 23 September 2014, alhmadulillah....
 
Suka akak nak share pengalaman akak kat Shanghai... semoga sedikit pengalaman ini memberi gambaran kepada anda tentang Shanghai dan apa yang best nyer Shangai... Jom baca..!!!
 

DAY 1 (Sabtu, 20 September 2014) :

Bangun seawal 4.30 pagi. Mandi dan bersiap sebab perlu sampai di KLIA sebelum jam 6 pagi. Selepas peluk anak dan cium... sedih la pulak.. walaupun berkali kali melancong dan berpisah dengan mereka.. tapi hati umi tetap rasa sedih.. hihi.. paling lama masa pergi haji.. 50 hari berpisah dengan anak-anak!!!..

Dari rumah, akak berbaju BIRU....sebab dah pakat dengan adik beradik STG.. jumpa di KLIA baju biru... alhamdulillah lepas solat subuh dan check in.. kami semua breakfast dulu...  dan Tourist Leader kami namanya SUKI.. :) :) :)



Alhamdulillah tepat jam 9 pagi dari KLIA dan kami tiba jam 2.30 petang di Airport Shanghai. 5 jam 30 minit lebih kurang perjalanan...  airport di Shanghai terletak di PUDONG... atas flight kami dijamu makan nasi lemak dan kami solat Qasar dan Jamak (Zohor dan Asar (Jamak Taqdim) di atas kapal terbang)... Masa di Shanghai dengan Malaysia sama waktu.. cuma waktu solat awal sejam lebih dari Malaysia.

Alhamdulillah sampai di airport Shanghai semuanya lancar... cuci muka dan tukar baju.. kali ni kami sefamily STG berbaju KUNING DIRAJA!!!



Kami naik coaster dan bus menuju ke Radisson Hotel. Jauh jugak hotel kami dari PUDONG... sambil melihat bandar Shanghai kami disajikan dengan penerangan dari Tourist Guide kami berbangsa Cina dari Shanghai, Walker.. Graduate dalam bidang Tourism dan pandai berbahasa Inggeris dan berbudi bahasa orangnya... suka suka suka.. hihi



Sampai di hotel... kami pun check in.. dalam sejam kami bersiap untuk dinner di Aladdin Restaurant @ Halal . Alhamdulillah sedap sangat masakannya...


Satu meja ada 10 orang.. lauk pauk pun sedap.. nasi boleh ditambah berkali alhamdulillah.. air yg dihidangkan air 7 UP dan Coke.. kami minta tukar Coke ke 7 UP.. hehe.. boleh jer.. alhamdulillah...
 
Lepas dinner kami naik Cruise @ Kapal... mengelilingi Sungai Huangpo.


Semasa Cruise ni sampai depan mata saya, saya terfikir alangkah besar nya Cruise ini.. jika Malaysia boleh buat kat Sungai Melaka, mesti ramai yang akan naik.. hehe.. akak ni suka berimaginasi.. Cruise ni ada 3 tingkat... tingkat pertama ada kerusi panjang yang boleh diduduk... di tingkat dua ada mini bar.. boleh untuk santai minum sambil duduk di dek.. ada kerusi dan meja.. tingkat 3 sangatlah sejuk boleh lihat keindahan Shanghai secara total...


Menara tertinggi di dunia Oriental Pearl TV Tower bermandikan sinar lampu yang warnanya berubah secara berkala. Shanghai Financial Center juga mengalami hal hampir serupa. Lampu-lampu bertaburan di puncaknya... cantekkkkk sangat sangat..
 
 
Selepas melayari Cruise, rombongan akak terus balik ke hotel untuk berehat dan habis cerita hari pertama...
 
 
DAY 2 (Ahad, 21 September 2014) :
 
 

Hari ke 2 di Kota Shanghai...

Waktu Solat Subuh seawal 4 pagi dan waktu syuruk jam 5.40 pagi. Beza waktu solat di Shanghai lebih kurang sejam lebih awal dari Malaysia..

Gambar kat atas tu, gambar di lobi hotel Radisson. Jed kat belakang tu ada kisahnyer.. jed betul tu.. jika dapat.. kaya raya keturunan akak.. hehe.. inshaallah.

Hari ke 2 kami berbaju hijau. Saja nak seragam. Team Work kan? Agenda pertama kami ialah lawatan ke kilang kain sutera. Ada kain sutera .. ada baju siap sutera dan macam macam...




Selepas ke Kilang Sutera sebelah pagi, kami makan tengahari di sebuah restoren muslim. Alhamdulillah, kami disediakan ruang solat di kedai tersebut. So rombongan kami melaksanakan Solat Jamak.  Zohor dan Asar dihimpunkan di waktu Zohor. Selepas solat kami ke AP Shopping Mall.

 
Harga barang di sini kena tawar sehingga 80% dari harga asal. Sebagai contoh harga beg akak yang kat atas ni... kat Malaysia dalam RM450.00 lebih... tapi di AP Plaza kena pandai tawar... dalam 180 yuen.. duit China dengan kita.. rm100 = 189 yuen..
so harga be ni dalam rm88 duit Malaysia... murah kan? Alhamdulillah...
 
Sebelah malam kami ke tempat Circus menonton akrobatic China...
 
DAY 3 (Isnin, 22 September 2014) :
 
Hari ke 3 kami berbaju kuning. Sebelah pagi kami ke Kilang Jed. Sebelah petang kami bershopping lagi..
 
Sebelah malam kami bersiap untuk Majlis Gala Dinner...
 
 







Comments